eFORUM

Laman eFORUM diwujudkan sebagai wadah perkongsian pandangan tentang sesuatu isu yang diketengahkan.

Topic: eFORUM

Date 31/07/2013
By Penyelaras PIP2203M
Subject Tugasan KKP PIP2203M Ambilan Jan 2013

A. Secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan sumber rujukan digital berasaskan sebuah esei tentang peranan Guru Pendidikan Islam untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. (40%)
B. Secara berkumpulan juga, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei tentang usaha-usaha untuk menjayakan pencapaian matlamat yang terdapat dalam model-model j-QAF melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. (40%)
C. Secara individu pula, anda dikehendaki merumuskan refleksi yang bermakna untuk menganalisis pengalaman yang dilalui dan pengetahuan baru yang dicapai sepanjang menghasilkan tugasan ini. (20%)

Date 15/07/2013
By NOR SHAHIDA BINTI JAMALUDIN
Subject MODUL DPLI j-QAF : BAL 2203 DAN BAM 2203

ASSALAMUALAIKUM..SALAM RAMADHAN
USTAZ,SAYA HENDAK BERTANYAKAN TENTANG MODUL BAL 2203 DAN BAM 2203 BILA KELUAR?SAYA DAN RAKAN-RAKAN HENDAK DOWNLOAD KEDUA-DUA MODUL TERSEBUT UNTUK RUJUKAN ASSIGNMENT YANG PERLU DI HANTAR AKHIR BULAN OGOS...UNTUK MAKLUMAN MODUL TERSEBUT AKAN DIPELAJARI PADA INTERAKSI NOV/DIS NANTI...
KERJASAMA DARI USTAZ AMATLAH DIHARAPKAN..

Date 31/07/2013
By Admin
Subject Re: MODUL DPLI j-QAF : BAL 2203 DAN BAM 2203

Setakat ini, saya telah menerima semua modul berkenaan, tetapi dalam bentuk draf. Pihak IPGM juga memaklumkan supaya draf tersebut tidak diedarkan kepada pelajar buat sementara waktu shingga modul yang final akan dikirim kemudian. Insya Allah dalam masa terdekat ini pihak IPGM akan menyelesaikannya.

Date 12/06/2013
By perak
Subject pengetahuan kedudukan jqaf 2012

salam ustaz...
saya nak kepastian.. kami ambilan jan 2012 ni lps periksa xperlu ke sekolah lg kn? sy tya jqaf yg lama2 mcm tu.. sy cuma nk kepastian dr ustaz.. sy col bhgn HEP minta tya pd ust sj... lg 1 nak tau smpai bila ye surat panggilan smpai? takut terlepas pandang sj..syukran atas pemerhatian ustaz...

Date 31/07/2013
By Admin
Subject Re: pengetahuan kedudukan jqaf 2012

Memang benar begitu. IPG cuma bertanggungjawab melatih dan membayar elaun latihan sehingga tamat peperiksaan akhir sahaja. Maknanya, tiada lagi latihan di sekolah (LPBS). Urusan selanjutnya diserahkan kepada pihak PPD, JPN dan Bahagian Sekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia. Silalah berhubung dengan pegawai-pegawai jqaf berkenaan.

Date 05/06/2013
By amar
Subject interaksi mei/jun

salam ustaz, kami interaksi berakhir 9 jun, 10 jun dh buka skolah.. tiada peruntukan cuti ke 1-2 hari utk refresh?... kasihan kami yg jauh2.. jgn kata nk iron baju, nk basuh baju pun x sempat... hu

Date 07/06/2013
By admin
Subject Re: interaksi mei/jun

Begitulah kebiasaannya. Kena berkorban all out untuk tempoh ini. Siapa yang melepasi cabaran ini, dia akan menjadi guru yang kental dan tahan uji. Ini latihan, mind set kena jelas. Smoga smua berjaya.

Date 10/06/2013
By admin
Subject Re: interaksi mei/jun

saya telah menerima beberapa pertanyaan tentang cuti sambilan pada 10 jun 2013. Untuk makluman para pelajar, dalam perkhidmatan awam adalah dianggap hari perjalanan sehari sebelum dan sehari selepas menjalani sesuatu kursus. Oleh sebab itu ia tidak memerlukan apa-apa surat sokongan atau arahan baru untuk cuti sambilan berkenaan. Perkara sudah sedia maklum dalam kalangan Guru Besar sekolah. Buktikan tarikh-tarikh berkenaan kepada Guru Besar berdasarkan dokumen-dokumen yang sedia ada.

Date 22/05/2013
By Admin
Subject interaksi mei jun 2013

Saya semak jadual, nampaknya tak brat sgt, tak sampai mlm, habih pun awal, tp kna ingat lps tu ada peperiksaan. Slamat berinteraksi!

Date 31/03/2013
By Latifah ain binti mohd yusoff
Subject TUGASAN KKP PIN 2103 DPLI DIS/JAN 2013

salam ustaz.....tugasan PIN kene 3 orang dalam 1 group.untuk tugasan KBSR&KSSR,kan kene tulis dalam buku log.adakah kami ketiga-tiga perlu tulis dalm buku tu(tiga tulisan berlainan) ataupun cukup sekadar seorang sahaja yg tulis?

Date 01/04/2013
By Admin
Subject Re: TUGASAN KKP PIN 2103 DPLI DIS/JAN 2013

Terpulanglah, mana yang lebih memudahkan.

Date 01/04/2013
By Admin
Subject Re: BUKU SKRAP

Tiada masalah, boleh saja.

Date 05/04/2013
By surina
Subject Re: BUKU SKRAP

assalamualaikum, ustaz. esei , buku skrap dan refleksi perlu diletakkan dalam satu fail, apakah warna muka depan esei dan fail?

Date 18/03/2013
By syafiqah binti abu bakar
Subject surat panggilan interaksi

salam..ustaz..bagaimana untuk surat panggilan ke interaksi bulan 3 ni..

Date 18/03/2013
By Admin
Subject Re: surat panggilan interaksi

Masuk laman web jadual waktu IPGKSAH

 

© 2012 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode