eBUY

Ruang ini disediakan untuk mengiklankan produk-produk untuk tujuan komersial. Para pelawat boleh membuat tempahan produk-produk tersebut di sini. Jika anda berminat untuk mengiklan produk anda, sila hubungi web admin.

Jika anda berminat untuk memiliki produk-produk tersebut, sila ikut langkah-langkah berikut:

  1. Buat pembayaran melalui akaun Maybank: 152108045973 atas nama MD ZUKI BIN HASHIM
  2. Emel kepada saya semua butiran bayaran melalui alamat emel yang terdapat pada laman web ini dan nyatakan kod produk, nama produk, tarikh bayaran, masa bayaran, amaun bayaran dan nombor resit.
  3. Sila nyatakan nama dan alamat anda selengkapnya.

Setelah pesanan dan bayaran disahkan, saya akan mengirimkan produk tersebut kepada anda. Pos percuma.

 

Produk: BUKU

22/03/2014 07:42

Belajar lima bahasa dengan IBA PEN DIGITAL

Kod: 1002

Assalamualaikum,

Saya telah diperkenalkan oleh seorang kawan dengan pengusaha produk ini. Saya sangat tertarik dengan produk ini kerana ia mudah digunakan dan memberikan peluang kepada kita untuk mempelajari lima bahasa sekaligus dalam satu masa. Bukunya yang berwarna warni akan menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan produk ini. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa sangat sesuai untuk memilikinya sebagai Bahan Bantu Mengajar. Para ibu bapa juga wajar memiliki buku ini dalam usaha menarik minat anak-anak untuk mempelajari bahasa lain. Konsep penggunaannya sama dengan Al-Quran Digital. Pengguna perlu menghidupkan pen digital dan memilih bahasa dengan meletakkan pen pada bendera negara yang terdapat di bahagian bawah halaman buku. Pen akan mengeluarkan suara dengan bahasa yang dipilih bagi setiap gambar atau perkataan yang diisyaratkan kepadanya.


24/05/2012 15:17

Mengurus Acara Rasmi Sekolah

Kod: 1001


Harga pasaran: RM 17.00

Harga tawaran: RM 15.00

Assalamualaikum, buku ini adalah hasil tulisan saya sendiri. Saya garapkan pengalaman mengurus beberapa acara di sekolah dan daerah bersama dengan ilmu pengurusan peringkat sarjana untuk tatapan dan praktis dalam kalangan peminat pegurusan. Saya mulakan dengan konsep pengurusan secara umum, diikuti huraian setiap fungsi pengurusan, deskripsi tugas jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja. Saya juga menghuraikan cara mengurus beberapa acara rasmi (yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolah setiap tahun) mulai daripada fasa konsepsi hingga kepada fasa muhasabah (post mortem). Sesiapa sahaja yang terlibat mengurus acara sangat sesuai memiliki buku ini sebagai rujukan di kala menghadapi kebuntuan untuk memulakan kerja dan menguruskannya.

© 2012 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode