Laman eFORUM diwujudkan sebagai wadah perkongsian pandangan tentang sesuatu isu yang diketengahkan.
Date | 10/09/2013 |
By | Admin |
Subject | Re: ldp |
LDP adalah program sekolah. Apa sahaja program sekolah mesti terlibat sebagai proses pengalaman mengajar dalam LPBS. Akur kepada arahan Guru Besar.
—————
Date | 08/09/2013 |
By | Latifah ain binti mohd yusoff |
Subject | pbs |
salam ustaz, sy nak tanye.mengenai lampiran 3,pada tajuk ilmu/ pengetahuan baru melalui kaedah pd item pemerhatian,temu bual dan soal selidik : item ni nak rujuk pada guru @ murid?
—————
Date | 08/09/2013 |
By | Admin |
Subject | Re: pbs |
Saya tidak bolek memberikan pandangan tentang tugasan ini kerana ia di bawah bidang kuasa pensyarah major. Jika awak baca betul2 dalam arahan tugasan itu, maka ada klausa tentang peranan pensyarah major dalam tugasan. Pensyarah major yang akan menyemak, berbincang dan memeriksa tugasan ini. Secara profesionalnya begitu bagi mengelakkan percanggahan pendapat yang akan perbezaan pendekatan dan kepentingan. Saya perkara ini jelas dinyatakan, cuma mungkin kefahaman tidak sampai ke situ. Tanggungjawab saya hanya sekadar membantu menyampaikan tugasan kepada anda sekalian.
—————
Date | 03/09/2013 |
By | aishah |
Subject | PBS |
Salam ustaz..saya nak tanya mengenai pbs.. sekiranya kami dari sek cina yg tidak mempunyai gpi dan segelintir lagi mempunyai gpi tetapi tidak mempunyai kepakaran dlm bdg kwalan kelas dan kurang mengamalkan kaedah pengajaran yang sepatutnya..bolehkah kami membuat laporan tugasan aktiviti pnp gpi di sekolah yang lain?
—————
Date | 02/09/2013 |
By | syukri |
Subject | tugasan PBS |
assalamualaikum ustaz, nk tanya berkenaan tugasan PBS..ramai rakan2 dari IPG lain call ana tnya ada tugasan PBS x dr IPGKSAH.ana jwb x dak sbb x dpt pun lagi...ada ka tugasan tu ustaz?confius...
—————
Date | 29/08/2013 |
By | NAJIHAH |
Subject | interaksi 2014 |
Salam...ustaz, mohon makluman dr pihak maktab, tahun depan masa cuti sekolah bulan 3(2014), ada interaksi ataupun tak ada?
—————
Date | 29/08/2013 |
By | aziz |
Subject | pengalaman berasaskan sekolah (PBS) |
salam ustaz... mohon pencerahan... unit praktikum maklumkan bahawa instrumen utk PBS disediakan oleh penyelaras j-qaf... bile kami boleh dptkn instrumen tersebut? tarikh PBS 2 sept hingga 13 sept... syukran ustaz...
—————
Date | 29/08/2013 |
By | admin |
Subject | Re: pengalaman berasaskan sekolah (PBS) |
In syaa Allah akan disampaikan dalam masa terdekat.
—————
Date | 30/08/2013 |
By | aziz |
Subject | Re: Re: pengalaman berasaskan sekolah (PBS) |
ok,syukran banyak2 ustaz...
—————
Date | 21/08/2013 |
By | aziz |
Subject | keputusan peperiksaan sem 1 dpli jqaf |
salam ustaz...
mohon pencerahan, knp ada perubahan dalam keputusan peperiksaan semerter 1? subjek teknologi pengajaran dan pendidikan jasmani dikeluarkan daripada keputusan... adakah kami perlu ambil lg dua subjek berkenaan pada sem akan dtg?
—————
Date | 21/08/2013 |
By | Admin |
Subject | Re: keputusan peperiksaan sem 1 dpli jqaf |
Berdasarkan perbincangan dengan Setiausaha Unit Peperiksaan dan Penilaian dirumuskan bahawa keputusan peperiksaan itu berdasarkan struktur terkini DPLI. Dua mata pelajaran itu telah dibawa ke semester tiga nanti. Namun oleh kerana mata pelajaran itu disempurnakan pada semester satu berdasarkan struktur lama, maka keputusannya akan dimasukkan dalam keputusan semester tiga dan pengajiannya tidak perlu diulang. Hanya keputusan sahaja.
—————
Date | 22/08/2013 |
By | aziz |
Subject | Re: Re: keputusan peperiksaan sem 1 dpli jqaf |
ok,syukran ust atas pencerahan... cuma berkenaan dengan struktur terkini DPLI, dr mane sy boleh dapatkannya? atau Struktur DPLI yang ada pada eMODUL itu adalah yang terkini? syukran..
—————
Date | 22/08/2013 |
By | Admin |
Subject | Re: Re: Re: keputusan peperiksaan sem 1 dpli jqaf |
26 ogos ni saya ada mesy di ipgkpi, bangi. Insya allah sy akan usahakn utk dpt softcopy utk diupload. Skarang cuma ada hardcopy, itupun tak brapa jelas.
—————
Date | 23/08/2013 |
By | aziz |
Subject | Re: Re: Re: Re: keputusan peperiksaan sem 1 dpli jqaf |
ok,syukran banyak2 ustaz... jasamu dikenang...
—————
Date | 31/07/2013 |
By | Penyelaras PIP2203M |
Subject | Tugasan KKP PIP2203M Ambilan Jan 2013 |
A. Secara berkumpulan anda dikehendaki menghasilkan sumber rujukan digital berasaskan sebuah esei tentang peranan Guru Pendidikan Islam untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. (40%)
B. Secara berkumpulan juga, anda dikehendaki menghasilkan sebuah esei tentang usaha-usaha untuk menjayakan pencapaian matlamat yang terdapat dalam model-model j-QAF melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. (40%)
C. Secara individu pula, anda dikehendaki merumuskan refleksi yang bermakna untuk menganalisis pengalaman yang dilalui dan pengetahuan baru yang dicapai sepanjang menghasilkan tugasan ini. (20%)