Dokumen bagi Guru Pelatih yang bertukar IPG

16/03/2012 07:38

Saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KSAH bahawa semua dokumen yang telah dikemukakan kepada IPG KSAH semasa pendaftaran dan borang perjanjian akan dipanjangkan terus oleh JHEP IPG KSAH ke IPG baru para pelajar di Sabah dan Sarawak.  Dimaklumkan juga bahawa serama 51 orang Guru Pelatih yang terlibat dengan pertukaran ini.

Manakala Guru Pelatih yang tidak mahu menukar IPG pula, adalah dimaklumkan bahawa tiada sebarang arahan daripada BPG dan IPGM untuk dikekalkan di IPG asal ( IPG KSAH ). Oleh sebab itu Guru Pelatih yang berhasrat demikian hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak BPG atau IPGM terlebih dahulu.  Permohonan hendaklah dikemukakan kepada pihak BPG atau IPGM. Namun begitu buat masa ini, semua dokumen berkaitan pelajar akan dihantar ke IPG baru yang diputuskan oleh pihak BPG bagi mempercepatkan urusan bayaran elaun bulanan.

Sekian, terima kasih.

© 2012 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode