Kursus Peningkatan Penguasaan Pedagogi Pengajaran Guru Pelatih j-QAF 2012

14/10/2012 15:15

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim akan mengadakan kursus berkenaan seperti butiran berikut:

  1. Tarikh: 7 dan 8 November 2012 (Rabu hingga Jumaat)
  2. Tempat: PLGDP Sungai Karangan, Kedah
  3. Kumpulan sasaran: GDL LPBS j-QAF Ambilan Januari 2012

Dimaklumkan juga bahawa program ini telah mendapat kelulusan pihak IPG KSAH.  Surat panggilan akan dimuatnaik dalam masa terdekat untuk memudahkan semua Guru Pelatih mendapat pelepasan daripada pihak sekolah masing-masing.

Adalah dimaklumkan juga bahawa surat dan jadual program yang akan diterima oleh Guru Pelatih nanti akan berbaza tarikh daripada makluman ini iaitu 7 hingga 9 November 2012.  Perkara ini dilakukan bagi memudahkan semua Guru Pelatih mendapat pelepas sehingga hari Jumaat dan tidak perlu pulang ke sekolah pada hari Jumaat (bagi sekolah kategori A) walaupun kursusnya cuma dua hari sahaja. 

Sekian untuk makluman awal.

 

 

© 2012 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode