Interaksi Mei Jun 2012

23/05/2012 06:10

Interaksi Mei/Jun akan dilaksanakan mulai 26 Mei hingga 9 Jun 2012. Pelajar-pelajar boleh memuaturun surat panggilan mulai sekarang dari laman web IPG KSAH di alamat https://www.ipsah.edu.my/

Manakala jadual waktu interaksi juga boleh dimuaturun dari laman web IPG KSAH.

Untuk makluman tentang pendaftaran adalah seperti butiran berikut:

Tarikh: 26 Mei 2012
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pejabat Asrama IPG KSAH

Berdasarkan surat panggilan yang dikeluarkan, kuliah bagi kumpulan KPLI LPBS jQAF akan bermula pada Ahad jam 7.30 pagi.

Selamat kembali ke IPG KSAH, semoga kedatangan anda bermakna untuk meningkatkan profesionalisma keguruan. Datanglah dengan persediaan ilmu yang mantap untuk perkongsian dengan rakan dan pensyarah.  Kita memerlukan kedua-dua pihak memiliki ilmu yang memadai untuk merangsang perkongsian pintar yang berkesan.

Langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanan interaksi:

  1. Muaturun modul yang berkaitan dengan kursus anda,
  2. Cetak modul tersebut,
  3. Ulangkaji sewajarnya berdasarkan jumlah jam yang diperuntukan bagi interaksi kali ini,
  4. Bina soalan-soalan kendiri untuk memperoleh kefahaman lanjut semasa interaksi.

Selamat Berinteraksi.

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode