UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

12/11/2013 21:28

Modul Semester 2 DPLI j-QAF

Salam, Admin telah memuatnaik beberapa modul untuk keperluan interaksi November dan Disember ini. Dua modul yang tidak berjaya dimuatnaik iaitu BAM 2203 (Kaedah Pengajaran Bahasa Arab II)  BAP 2203M (Metodologi Pengajaran Bahasa Arab). Pelajar-pelajar boleh mendapatkan kedua-dua modul ini...
07/11/2013 11:06

Makluman dari resolusi mesyuarat Jawatankuasa Kursus Dalam Cuti IPGKSAH

Sukacita disampaikan beberapa resolusi dan makluman daripada mesyuarat Jawatankuasa Induk KDC IPGKSAH seperti berikut: Semua guru pelatih dikehendaki menyerahkan sesalinan keputusan peperiksaan semester kepada tutor masing-masing untuk rekod, pemantauan dan bimbingan. Taklimat JHEP yang...
05/11/2013 07:09

Surat panggilan interaksi Nov/Dis 2013

Surat panggilan untuk interaksi bersemuka bagi bulan November dan Disember 2013 sudah boleh dicapai melalui laman jadual waktu ipsah. Bagi pelajar KPLI yang tidak mempunyai akses ke laman jadual waktu tersebut, anda boleh mendapatkan salinan surat tersebut daripada; rakan-rakan DPLI atau emel...
22/10/2013 20:17

Taklimat pengurusan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa para pelajar DPLI dan KPLI jQAF akan mula mendaftar masuk asrama pada 15 November 2013 (Jumaat), manakala interaksi pula akan bermula pada hari Sabtu (16 November ) jam 2.00 petang.  Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan mengadakan taklimat pengurusan pada jam 10.00...
02/09/2013 12:38

TRANSKRIP IJAZAH UNTUK MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN DPLI j-QAF

Admin memanjangkan makluman daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKSAH supaya dapat kiranya para pelajar DPLI LPBS Ambilan Dis 2012 dan Jan 2013 menghantar dengan kadar segera transkrip keputusan bagi ijazah masing2 kepada pejabat HEP untuk perhatian Puan Sarimah untuk memenuhi keperluan...

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode