UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

17/05/2012 06:32

SAMBUTAN HARI GURU

Saya ucapkan Selamat Meraikan Hari Guru kepada semua Guru Pelatih KPLI LPBS jQAF yang telah mula merasai kehidupan golongan pendidik yang serba mencabar. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua guru jQAF yang telah sekian lama melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik pakar bagi memulihkan...
07/05/2012 13:06

Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana kurang guru

Dipanjangkan daripada Berita Harian Online bertarikh 6 Mei 2012. BATU PAHAT: Pelaksanaan pengajaran J-Qaf (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadual bermula pertengahan tahun ini, akan ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru, kata Timbalan...
24/04/2012 14:14

PROSEDUR TUNTUTAN jQAF AMBILAN JAN 2012

Berikut ini dipanjangkan prosedur tuntutan yang telah disampaikan kepada admin oleh Ketua Jabatan HEP IPG KSAH untuk makluman dan tindakan para Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF Ambilan Januari 2012.  Semoga dengan makluman ini akan memudahkan semua pihak yang terlibat.   Merujuk...
05/04/2012 09:51

Boucher Buku RM200

Dimaklumkan bahawa semua Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF layak mendapat boucher buku 1Malaysia. Justeru itu semua Guru Pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim boleh menuntut boucher tersebut di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KSAH mulai sekarang. Guru Pelatih IPG KSAH yang bertukar IPG ke...
16/03/2012 07:38

Dokumen bagi Guru Pelatih yang bertukar IPG

Saya telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG KSAH bahawa semua dokumen yang telah dikemukakan kepada IPG KSAH semasa pendaftaran dan borang perjanjian akan dipanjangkan terus oleh JHEP IPG KSAH ke IPG baru para pelajar di Sabah dan Sarawak.  Dimaklumkan juga bahawa serama...

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode