UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

26/09/2012 21:31

Modul Bahasa Arab (Terkini)

Admin telah menerima CD modul Bahasa Arab yang terkini, tetapi menghadapi masalah untuk upload ke laman ini kerana proses zip fail-fail tersebut agak rumit. Oleh sebab itu, para pelajar boleh mendapatkan salinan modul tersebut daripada penyelaras atau pensyarah mata pelajaran berkenaan apabila...
25/08/2012 10:40

SELAMAT AIDIL FITRI

Diucapkan SELAMAT MERAIKAN AIDIL FITRI 1433H/2012M kepada semua warga j-QAF. Semoga kita semua telah berjaya memenuhi tuntutan Ramadhan Al-Mubarak dan meraikan Aidil Fitri dengan penuh adab sopan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Akhir sekali, mohon ampun dan maaf sesama kita kerana mungkin...
24/07/2012 16:03

RAMADHAN KARIM

Selamat menjalaniibadah puasa kepada seluruh warga pendidik j-QAF. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan diiringi rahmat dari Allah. Antara manfaat Ramadhan yang telah dibuktikan secara saintifik ialah: Puasa mengelak daripada otak mengecut. Puasa dapat mencegah...
08/07/2012 11:15

PERKHABARAN KPLI LPBS JQAF AMBILAN JANUARI 2011

Assalamualaikum, Bagaimana dengan perkhabaran KPLI LPBS jQAF Ambilan Januari 2011 yang baru saja menamatkan pengajian pada Jun 2012. Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian. Saya difahamkan bahawa semua berjaya, tiada yang kandas. Terima kasih kepada pelajar-pelajar yang ambil kesempatan...
23/05/2012 06:10

Interaksi Mei Jun 2012

Interaksi Mei/Jun akan dilaksanakan mulai 26 Mei hingga 9 Jun 2012. Pelajar-pelajar boleh memuaturun surat panggilan mulai sekarang dari laman web IPG KSAH di alamat https://www.ipsah.edu.my/ Manakala jadual waktu interaksi juga boleh dimuaturun dari laman web IPG KSAH. Untuk makluman tentang...

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode