UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

13/11/2012 09:26

Minggu Pengurusan Guru Pelatih Ambilan Disember 2012

Minggu Pengurusan ini akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh: 17 hingga 20 Disember 2012 (Isnin hingga Khamis) Masa: 0800 - 2230 Tempat: IPG KSAH Kumpulan sasar: Guru Pelatih Program DPLI LPBS j-QAF Ambilan Disember 2012 *Jadual tentatif akan dimuatkan di ruangan ini setelah...
31/10/2012 11:18

Jadual Interaksi November dan Disember

Terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih kepada para Guru Pelatih jQAF Ambian Januari 2012 yang proaktif bertanyakan jadual interaksi bagi bulan November dan Disember 2012.  Pihak penyelaras jQAF juga masih belum memperoleh jadual berkenaan. Untuk makluman para Guru Pelatih, jadual...
29/10/2012 16:53

Muaturun Surat Panggilan & Jadual Kursus Peningkatan Pedagogi KPLI LPBS jQAF Ambilan Januari 2012

surat panggilan kursus.pdf (587,7 kB) Jadual tentative Kursus jQaf tambah.pdf (55,2 kB) Terima kasih kepada Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KSAH di atas inisiatif mengelola kursus berkenaan untuk kebaikan semua Guru Pelatih Program KPLI LPBS KDC jQAF Ambilan Januari 2012. Sedikit perubahan...
14/10/2012 15:15

Kursus Peningkatan Penguasaan Pedagogi Pengajaran Guru Pelatih j-QAF 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim akan mengadakan kursus berkenaan seperti butiran berikut: Tarikh: 7 dan 8 November 2012 (Rabu hingga Jumaat) Tempat: PLGDP Sungai Karangan, Kedah Kumpulan sasaran: GDL LPBS j-QAF Ambilan Januari...
26/09/2012 21:37

Interaksi November dan Disember

Admin telah menerima pertanyaan daripada para pelajar berkaitan dengan tempoh interaksi pada bulan November dan Disember 2012 ini. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuada Kursus Dalam Cuti sedang dalam proses menyusun jadual dan ia mengambil masa agak lama. Oleh sebab itu. sebagai panduan...

© 2012 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode