UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

03/03/2013 21:32

STRUKTUR DPLI SR LPBS jQAF (TERKINI)

Salam semua, Saya baru sahaja (2/3/2013) menerima Struktur Pengajian Program DPLI SR LPBS jQAF daripada pihak IPGM KPM. Para pelajar boleh mendapatkan salinan struktur tersebut dalam eMODUL. Sekian, terima kasih
07/02/2013 21:29

Nombor kontek Desk Officer

Para pelajar dan guru jqaf yang dihormati, Saya telah menerima aduan (mungkin juga ugutan) daripada Desk Officer tentang maklumat yang saya paparkan. Saya telah memadam senarai Desk Officer jQAF di semua negeri kerana paparan tersebut tidak disenangi yang mungkin telah menyebabkan gangguan...
20/01/2013 16:46

Penempatan GDL DPLI LPBS jQAF Ambillan Januaru 2013 (Calon Gantian)

Memanjangkan makluman daripada Penolong Pengarah Kanan jQAF Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (Ustaz Abd Somad Bin Absullah). Berikut adalah senarai GDL DPLI LPBS jQAF Ambilan Januari 2013 bagi calon gantian: 1. Nurul Rahmah Binti Mhd Naerman ( SK Batu Hampar, daerah KMY) 2. Anies Natasya Binti Jalil...
13/01/2013 16:22

Penempatan Praktikum dan IPG Penyelia kumpulan KPLI jQAF Ambilan Januari 2012

Unit Praktikum IPG KSAH telah memaparkan senarai praktikum (Guru Pelatih dan Penyelia) di laman web Unit Praktikum. Bagi Guru Pelatih yang tidak diselia oleh IPG KSAH juga dinyatakan IPG yang dipertanggungjawabkan. Sila rujuk laman web tersebut seperti dalam senarai Link di sebelah kiri laman ini.
09/01/2013 20:36

Penempatan Guru Pelatih DPLI LPBS SR jQAF Ambilan Januari 2013 (Calon Gantian)

  NAMA BIDANG NEGERI NAMA SEKOLAH NOR ELEYNA BINTI MD NOOR BA  KEDAH SK KUALA MERAH ZAINURA AZLINA @ NADOWA BINTI DIN @ ZANUDIN BA  KEDAH SK SULTAN...

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode