UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

31/07/2013 08:25

TUGASAN KKP BAGI MATA PELAJARAN PIP2203M PENGENALAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM

Tugasan ini telah dimuat naik ke laman eASSIGNMENT. Sila muat turun untuk proses menyempurnakannya. Tugasan ini ditujukan kepada kumpulan DPLI LPBS SR j-QAF major Bahasa Arab. Sebarang perbincangan berkaitan tugasan ini, bolehlah dibuat dalam ruangan eFORUM. Sekian, wassalam.
12/07/2013 07:35

KES TANGGUH PENGAJIAN KUMPULAN KPLI AMBILAN JANUARI 2012

Guru pelatih terlibat ialah: 1. Aqilah Azizan 2. Fatimah Ismail 3. Norzohiroh 4. Siti Khalijah Abdul Hajar Satu mesyuarat telah diadakan pada 11 Julai 2013 jam 1415 bertempat di Bilik Persidangan IPGKSAH.  Mezyuarat dimaklumkan bahawa pihak IPGK telah memperoleh punca kuasa daripada pihak IPGM...
02/07/2013 22:28

Persaraan warga JAPIM IPG KSAH

Untuk makluman, warga JAPIM IPG KSAH dengan berat hati merelakan persaraan dua orang pensyarah yang dikasihi iaitu Tuan Haji Wan Mohd Badruddin Bin Haji  Abd Rahman dan Tuan Haji Mohd So ri Bin Hanafi berkuatkuasa mulai 2 Julai 2013. Semoga kedua-duanya dikurniakan kesihatan oleh Allah untuk...
25/06/2013 10:58

Pengisian permohonan jawatan JobMalaysia

Assalamualaikum, Terima kasih kepada para pelajar yang membangkitkan perkara ini. Untuk makluman, urusan pengambilan dan penempatan guru tertakluk di bawah bidang kuasa Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru para pelajar boleh merujuk perkara ini kepada mana-mana pegawai...
14/06/2013 14:45

Elaun KPLI LPBS j-QAF

Assalamualaikum, Admin baru menerima emel daripada Ketua Jabatan Hhal Ehwal Pelajar yang memohon agar dipanjangkan pengetahuan kepada semua Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF bahawa elaun hanya dibayar sehingga 10 Jun 2013 sahaja.  Perkembangan lanjut bergantung kepada pihak Kementerian Pelajaran...

© 2012 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode