Topic: eFORUM

Date 22/05/2014
By admin
Subject Re: Re: Tempoh perkhidmatan di sekolah (LPBS)

Saya masih juga menunggu punca kuasa dari KJ JHEP IPGKSAH. Namun untuk makluman awal (belum disahkan), saya dimaklumkan oleh KJ HEP bahawa elaun sepatutnya akan dibayar sehingga tarikh akhir interaksi iaitu 3/6/2014, tetapi pihak IPGM telah buat penyelarasan akan dibayar hingga 12/6/2014 (belum dimuktamadkan kerana ada implikasi kewangan) selaras untuk semua IPGK. Banyak keputusan berkaitan pelajar diputuskan oleh JHEP. Sebagai penyelaras, saya hanya terlibat dengan urusan kurikulum sahaja. Pelajar boleh rujuk terus dengan KJ JHEP IPGKSAH tentang perkara ini. Tamatnya interaksi bermakna tamatnya tanggungjawab IPGK melatih para pelajar. Perlantikan dan penempatan diserah balik kepada SPP dan Bahagian Sekolah, KPM. Saya tidak ada sebarang maklumat tentang penamatan kursus hingga 30/6/2014. Amalan kita, tamat interaksi, maka tiada lagi LPBS, bererti pelajar tidak lagi perlu ke sekolah sehingga dilantik oleh pihak SPP dan ditempatkan semula oleh Bahagian Sekolah KPM.

 

© 2012 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode