Urusan Temu Duga Ke Jawatan PPPS Gred DG41 Bagi Graduan Program KPLI jQAF Tamat Pengajian Jun 2013‏

07/08/2013 17:48

Berikut dipanjangkan emel daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKSAH untuk perhatian dan tindakan semua Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF yang tamat pengajian pada Jun 2013 berkaitan perkara di atas:

 

Assalamualaikum wrt wbt/selamat sejahtera.
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Untuk makluman tuan/puan, urusan temu duga ke jawatan PPPS Gred DG41 bagi graduan program KPLI jQAF tamat pengajian Jun 2013 akan dijalankan oleh SPP seperti jadual di bawah:
 
                2.1 Jadual 1: 14 Ogos 2013 – 16 Ogos 2013
                2.2 Jadual 2: 20 Ogos 2013 – 23 Ogos 2013
                2.3 Jadual 3: 26 Ogos 2013 – 30 Ogos 2013
 
3. Sehubungan itu, mohon pihak tuan/puan dapat memaklumkan kepada pelajar KPLI jQAF berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya seperti makluman di laman sesawang SPP (http://www.spp.gov.my/).
 
4. Kerjasama dan perhatian dari tuan/puan dalam perkara berkaitan amat dihargai.
 

Sekian, terima kasih.


 

-- 
Ilham Rusydi Bin Che Ibrahim
Sektor Hal Ehwal Pelajar Dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Enterprise Building 3 Blok 2200
Persiaran Apec Cyber 6
63000 Cyberjaya
Tel: 03-83126666 samb 6758 / Faks: 03-83126655/6725

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode