Makluman dari resolusi mesyuarat Jawatankuasa Kursus Dalam Cuti IPGKSAH

07/11/2013 11:06

Sukacita disampaikan beberapa resolusi dan makluman daripada mesyuarat Jawatankuasa Induk KDC IPGKSAH seperti berikut:

  1. Semua guru pelatih dikehendaki menyerahkan sesalinan keputusan peperiksaan semester kepada tutor masing-masing untuk rekod, pemantauan dan bimbingan.
  2. Taklimat JHEP yang dijadualkan pada 16 November 2013 jam 1000 pagi ditangguhkan ke 3 Disember 2013. Masa taklimat boleh dirujuk dalam jadual rasmi interaksi yang bakal dikeluarkan sedikit masa lagi. Taklimat ini bertujuan mendedahkan kepada guru pelatih tentang job malaysia dan eposting.
  3. Peperiksaan semester kedua DPLI j-QAF telah ditetapkan oleh pihak IPGM pada 24 - 26 Januari 2014. Bagi pelajar yang berhasrat menukar pusat peperiksaan kepada IPGK yang terdekat, sila isi borang permohonan pertukaran pusat peperiksaan yang boleh didapati di Unit Penilaian dan Peperiksaan IPGKSAH semasa hadir interaksi November nanti.

Pihak JAPIM memohon semua guru pelatih j-QAF agar dapat menghantar sesalinan laporan pengelolaan Program Kem Bestari Solat di sekolah masing-masing kepada Penyelaras j-QAF IPGKSAH (Ustaz Md Zuki Bin Hashim).

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode