Belajar lima bahasa dengan IBA PEN DIGITAL

22/03/2014 07:42

Kod: 1002

Assalamualaikum,

Saya telah diperkenalkan oleh seorang kawan dengan pengusaha produk ini. Saya sangat tertarik dengan produk ini kerana ia mudah digunakan dan memberikan peluang kepada kita untuk mempelajari lima bahasa sekaligus dalam satu masa. Bukunya yang berwarna warni akan menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan produk ini. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa sangat sesuai untuk memilikinya sebagai Bahan Bantu Mengajar. Para ibu bapa juga wajar memiliki buku ini dalam usaha menarik minat anak-anak untuk mempelajari bahasa lain. Konsep penggunaannya sama dengan Al-Quran Digital. Pengguna perlu menghidupkan pen digital dan memilih bahasa dengan meletakkan pen pada bendera negara yang terdapat di bahagian bawah halaman buku. Pen akan mengeluarkan suara dengan bahasa yang dipilih bagi setiap gambar atau perkataan yang diisyaratkan kepadanya.


© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode