UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

10/06/2013 07:26

Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF

Jika tuan/puan ada ke lapangan, berusahalah untuk hadir ke seminar tersebut kerana ia sangat bermanfaat secara khusus kepada warga pendidik j-QAF dan warga pendidik amnya. Saya lampirkan jadual seminar untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Aturcara Penuh Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF...
19/05/2013 10:38

Interaksi Mei Jun

Untuk makluman semua GDL Program DPLI dan KPLI SR j-QAF bahawa interaksi KDC bagi bulan Mei dan Jun 2013 akan bermula pada 25 Mei dan akan berakhir pada 9 Jun 2013. Surat panggilan sudah boleh dimuat turun dari laman web jadual waktu IPGKSAH. Manakal tarikh tamat kursus bergantung kepada jadual...
12/05/2013 11:25

Voucher Buku 1Malaysia

Admin memanjangkan sms yang diterima dari Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang baru diterima (12/4/2013) seperti berikut: Assalamualaikum... mohon tuan panjangkan kepada pelajar jQAF Disember 2012 (Januari 2013)... Baucar buku 1Malaysia dah boleh ambik di HEP... ada yang mai ambik dah... tq Semoga...
13/03/2013 16:42

INTERAKSI BERSEMUKA MAC 2013

Admin telah memperoleh maklumat daripada pihak Jawatankuasa Kursus Dalam Cuti bagi mencerahkan pertanyaan para Guru Pelatih tentang tarikh interaksi Mac ini. Dimaklumkan interaksi tersebut akan bermula pada 23 Mac 2013 hingga 29 Mac 2013 (Tengahari). Tarikh ini hanya melibatkan kumpulan DPLI LPBS...
03/03/2013 23:19

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK PIN 2103 DPLI AMBILAN DIS/JAN 2013

Salam, Tugasan Kerja Kursus Projek bagi mata pelajaran PIN 2103 Pengenalan Pendidikan Islam bagi kumpulan DPLI SR LPBS jQAF Ambilan Dis/Jan 2013 telah dimuatnaik ke page eASSIGNMENT. Pelajar terlibat dikehendaki memuat turun dokumen berkenaan untuk disempurnakan dalam tempoh yang telah ditetapkan...

© 2012 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode