UCAPAN

This section is empty.


 

Assalamualaikum,

Saya tujukan mesej ini kepada semua Guru Pendidikan Islam (GPI, Guru jQAF, Guru Pelatih jQAF) di sekolah untuk membantu saya mendapatkan pernyataan masalah berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam sebagai fokus kajian yang wajar dijalankan bagi membantu peningkatan profesionalisma kita. Tuan/puan dimohon untuk mengemelkan kepada saya sebarang masalah yang difikirkan wajar dibuat kajian bagi mengesan permasalahan yang berkaitan dengannya atau perkongsian usaha untuk menyelesaikannya.  

Perhatian dan tindakan tuan/puan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.

NOTICE BOARD

22/05/2014 09:42

Perkongsian: Profesion, Integriti dan Rezeki yang barakah bersama YAPEIM

Admin telah menerima pemakluman daripada Ketua Jabatan JAPIM IPGKSAH bahawa satu sesi perkongsian dengan pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 1400-1600
Tempat: Dewan Al-Farabi

KJ JAPIM memohon jasa baik para pelajar untuk mengurus majlis tersebut. Saya amanahkan urusan majlis tersebut kepada kelas DPLI jQAF A. Tanggungjawabnya:

1. Sambutan penceramah
2. Minuman 
3. Pengerusi Majlis
4. Pemakluman kepada semua peserta DPLI j-QAF

Semoga perkongsian tersebut akan membantu meningkatkan profesionalisma dan tanggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

24/04/2014 15:19

Taklimat temuduga SPP

Admin telah menerima arahan daripada Pengarah IPGKSAH untuk mencadangkan suatu tarikh yang sesuai bagi mengadakan suatu taklimat berkaitan temuduga SPP dalam kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF. Taklimat ini perlu kerana dapatan lepas mendapati ramai kalangan Guru Pelatih LPBS j-QAF telah gagal dalam temuduga tersebut. Juateru admin bercadang memilih tarikh 4 atau 11 Mei 2014. Admin respon daripada Guru Pelatih tentang perkara ini. Kemukakan pandangan anda dalam eFORUM.

Terima kasih.

22/03/2014 08:26

BAHAN BANTU MENGAJAR IBA PEN DIFITAL

Assalamualaikum, saya mempromosi produk terbitan IBA Digital Communications untuk perkongsian dengan semua. Syarikat ini telah mengeluarkan produk berasaskan buku dan pen digital dalam lima bahasa. Kalangan warga pendidik yang mengajar bahasa sangat sesuai memilikinya. Untuk keterangan lanjut sila rujuk page eBUY. Sekian, terima kasih.

News

02/09/2013 12:36

Tugasan PBS 2013

Sila dapatkan dokumen tugasan dalam page eASSIGNMENT.
30/08/2013 21:40

Tugasan PBS DPLI j-QAF Ambilan Disember 2012/Januari 2013

Assalamualakum, Terima kasih para pelajar yang sangat prihatin dengan tanggungjawab terhadap pengajian dalam isu tugasan PBS.  Oleh sebab itu Penyelaras Program LPBS j-QAF telah mengusahakan panduan umum tugasan PBS untuk membantu para pelajar melaksanakan tugasan tersebut. Walaupun begitu...
29/08/2013 13:56

Senarai Penyelaras Mata Pelajaran DPLI Semester 2 2013

Assalamualaikum, Beberapa orang Guru Pelatih telah menghubungi admin berkenaan dengan kerja kursus setiap mata pelajaran DPLI SR j-QAF bagi semester 2 2013. Untuk makluman para pelajar, kerja kursus projek disediakan oleh penyelaras mata pelajaran berkenaan. Berikut disenaraikan...
16/08/2013 08:29

Modul DPLI semester 2

Salam buat semua pelajar, saya masih belum menerima modul-modul kemaskini daripada pihak IPGM. Namun begitu untuk panduan para pelajar, saya telah memuatnaik agihan tajuk bagi mata pelajaran semester 2 yang telah dibekalkan kepada saya oleh pihak IPGM untuk panduan para pelajar. Buat semestara...
07/08/2013 17:48

Urusan Temu Duga Ke Jawatan PPPS Gred DG41 Bagi Graduan Program KPLI jQAF Tamat Pengajian Jun 2013‏

Berikut dipanjangkan emel daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKSAH untuk perhatian dan tindakan semua Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF yang tamat pengajian pada Jun 2013 berkaitan perkara di atas:   Assalamualaikum wrt wbt/selamat sejahtera.   Dengan segala hormatnya perkara di...

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode