FAQ

Bagaimanakah sistem penyampaian maklumat pelajar yang telah ditukarkan ke ipg di Sabah dan Sarawak. Adakah ipg asal akan menghantarnya ke ipb baru?

Perkara berkaitan telah dirujuk kepada Unit Hal Ehwal Pelajar IPG KSAH. Dimaklumkan bahawa IPG KSAH akan menghantar dokumen pendaftaran dan surat perjanjian ke IPG baru di Sabah dan Sarawak.

Ke manakah borang kehadiran GDL hendak dihantar?

Semua borang kehadiran GDL ke sekolah hendaklah direkodkan dan disahkan oleh Guru Besar.  Borang berkenaan hendaklah dibawa semasa menghadiri interaksi dalam cuti dan diserahkan kepada Ketua Kumpulan.  Borang yang terkumpul hendaklah dipanjangkan oleh KK kepada Penyelaras j-QAF di IPGKSAH.

saya pelajar KPLI jqaf ambilan 2011,sekarang kami dalam praktikum. jadi saya ingin ketahui tentang cuti sekolah bulan 5 ini,bagaimana dengan program kami di maktab, setahu saya, kami akan ada lagi interaksi dan peperiksaan akhir, bagaimana dengan kursus kissm dan induksi dan temuduga SPP adakah pada cuti masa bulan 5 dan 6 ini ataupun bagaimana?sekian itu sahaja maklumat yang saya ingin tahu buat setakat ini, sekian terima kasih ustaz.....

Terima kasih kerana mengemukakan soalan ini.

Penjelasannya:

1. Program LPBS menghendaki Guru Pelatih ditempatkan di sekolah bagi mengikuti latihan praktikal dunia perguruan dan kemudiannya menghadiri kuliah teori di IPG semasa cuti persekolah. Program ini mengambil masa satu tahun enam bulan. Guru Pelatih Ambilan Januari akan menjalani praktikum selama 12 minggu pada awal semester tahun berikutnya. Selepas tamat tempoh praktikum, Guru Pelatih masih tetap kekal bertugas di sekolah yang sama sehingga ada penempatan baru ( jika ada ).

2. Guru Pelatih Ambilan Januari akan mengikuti kursus dalam cuti bagi setiap cuti persekolah kecuali bulan Mac.  Namun begitu, setelah diambil kira tarikh Hari Raya Aidil Fitri yang kebelakangan ini serentak dengan cuti pertengahan semester, maka interaksi pada bulan Ogos dipindahkan ke bulan Mac tahun pertama. Manakala bulan Mac tahun kedua tiada interaksi.

3. Masa ineteraksi. Contoh... untuk Ambilan Januari 2012 interaksinya pada bulan Mac 2012 (Cuti pertengahan semester satu), Mei dan Jun 2012 (Cuti pertengahan tahun), Nov dan Dis 2012 (Cuti penghujung tahun), Mei dan Jun 2013 (Cuti pertengahan tahun).

4. Selepas selesai siri kuliah pada bulan Jun 2013, maka Guru Pelatih akan dikehendaki mengikuti Kursus Induksi pada minggu ketiga cuti. Minggu ketiga ini adalah minggu persekolah sudah bermula. Sila maklumkan kepada Guru Besar masing-masing. Selesai Kursus Induksi, lazimnya pihak SPP terus mengendalikan siri temuduga untuk pelantikan. Apapun berlaku, setelah selesai program di IPG, semua Guru Pelatih hendaklah kembali melapor diri di sekolah masing-masing, kecuali pihak KPM membuat penempatan semula. Lazimnya tiada penempatan semula dibuat.

Itulah sahaja penjelasan saya, semoga anda berjaya sebagai guru yang bekerja.

Saya pelajar KPLI j-QAF ambilan Januari 2012 ingin bertanya tentang baucer buku RM200 yang diberi oleh pihak kerajaan. Saya mendapat tahu di IPDA, Jitra, pelajar j-QAF sudah mendapat baucer berkenaan. Bagaimana dengan IPSAH? Bila kami boleh ambil?

Sekian, terima kasih.

Terima kasih atas pertanyaan yang bermanfaat untuk semua orang.

Saya telah menghubungi Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KSAH dan dimaklumkan bahawa pelajar KPLI LPBS j-QAF juga layak mendapat boucher buku RM200 seperti yang difahami umum.

Dimaklumkan juga bahawa boucher berkenaan boleh diambil bila-bila masa waktu pejabat di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar sehingga 30 April ini.

Wassalam.

Bagaimanakah status guru jqaf dan bagaimana dengan pelantikan guru pembimbing?

Status guru jqaf di sekolah sebelum lantikan tetap ialah Guru Dalam latihan. Pelantikan Guru Pembimbing adalah atas budi bicara pihak sekolah untuk membantu GDL menjalani latihan dengan lebih berkesan. Guru Pembimbing merupakan pendamping kepada GDL sebagai rujukan utama dalam semua hal berkaitan profesion keguruan. Namun begitu GDL bleh juga merujuk kepada guru-guru lain dalam proses interaksi di sekolah, tetapi perlu jaga adab profesionalisme dengan Guru Pembimbing. Guru Pembimbing tidak dibebankan dengan kerja khusus seperti mengisi borang tertentu. Tiada borang dikhususkan.  Guru Pembimbing hanya menjalankan tugas bimbingan atas tanggungjawab profesional kepada rakan sejawat terutama GDL. Ia berbeza dengan Guru Pembimbing Praktikum yang akan dilantik oleh IPG, dibayar elaun dan dikehendaki mengisi borang penyeliaan.

Bagi Guru Pelatih yang bertugas di sekolah-sekolah luar negeri Kedah, siapakah yang akan menguruskan praktikum mereka, siapakah yang akan menyelia praktikum mereka, di manakah maklumat tentang praktikum boleh diperolehi?

IPG KSAH lazimnya akan mengurus praktikum Guru Pelatih dalam lingkungan negeri Kedah, tanah besar Pulau Pinang dan utara Perak. Manakala GP yang bertugas luar kawasan berkenaan akan diurus praktikum oleh IPG yang berhampiran atau terdekat. Pihak IPG berkenaan akan menghubungi GP melalui GB masing-masing.  

Trima kasih kepada GP yang smsm saya tentang masa menjalankan MOS memandangkan sesi persekolahan minggu 1 2013 hanya 3 hari sahaja.

Sebenarnya MOS bertujuan untuk orientasi pekerja baru terhadap budaya kerja organisasi baru dan pengumpulan maklumat tentang sumber-sumber yang ada dalam organisasi berkenaan.  MOS memberikan ruang dan pluang secara rasmi kepada GP meneroka kedua-dua perkara tersebut dengan tugasan khas yang pertanggungjawabkan.  MOS mungkin mengambil masa 2 atau 3 hari untuk meneroka maklumat tersebut. Oleh sebab itu tempoh 3 hari dikira memadai untuk melaksanakan tugasan berkenaan sebelum menerima tugasan pnp berdasarkan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Jika ada kelompangan yang masih tidak disempurnakan seperti memerhati pengajaran guru, maka boleh disambung pada minggu kedua berdasarkan kekosongan jadual peribadi GP. Manakala laporan MOS boleh disempurnakan pada minggu ketiga.

Saya mengharapkan para GP dapat mengambil dan memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Sediakan laporan yang komprehensif untuk kebaikan diri sendiri.

Sekian, wassalam.

© 2012 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode